A few days before Hari Raya holiday starts, my school conducted a Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan for this year. As been promised, I'd been asked from my school Penolong Kanan Ko-Kurikulum to trained one student to recite a poem. My PKKK were surprised when I told him that usually I will create the poem by myself - and this not the first time I'm doing it. To recite this poem, I choosed one of my talented student from standard 5, Kuhan Daniiel from Tahun 5 Merah.
So, here is this year Hari Kemerdekaan poem written by me :-
Nostalgia Kemerdekaan
dulu
tiga puluh satu Ogos
seribu sembilan ratus
lima puluh tujuh
tarikh keramat bagi kita
bermula detik itu
terlerai belenggu hamba
di jiwa, jasad dan nyawa
di stadium merdeka
ribuan rakyat dan bangsa
tidak kira darjat atau usia
bersama-sama menunggu ketika
rakyat dan pemerintah
penjajah dan yang dijajah
duduk sekata dan senada
menunggu detik menjelma
tampil satu kelibat
berpakaian hitam
bertengkolok hebat
menjulang tangannya ke udara
sambil melaungkan kata azimat
jeritan merdeka yang amat gamat
tercapai sudah mimpi dan angan
terlaksana sudah cita dan harapan
berbaloi sudah keringat dan penat
terbalas sudah dendam dan kesumat
kini
dua ribu sembilan menjelma
selepas lima puluh dua tahun merdeka
kita masih bersama
mengingati nostalgia lama
yang masih kekal di minda
No comments:
Post a Comment